Saturday, April 28, 2012

Brownies kukus dalam rice cooker. Asal boleh!!

No comments:


2 minggu lepas masa sopping barang dapur kat Tesco, jumpe la kotak Brownies ni. Man tetibe je teringin nak makan Brownies. Please take note aku tak pernah buat brownies before this. Tapi aku tau la brownies kukus lagi best dari bakar.


So, kitorang decide nak try buat. Mula-mula agak sceptical takut barang in-house Tesco tak sesedap brand lain. Alah,nampak dekat kotak macam sedap, kitorang tibai je la..



Since, rumah kitorang takde oven, rumah bujang le katekan..facility terhad siket. Tapi kena kreatif la nak kukus brownies dalam rice cooker. Dah pernah try kukus puding caramel hari tu, sedap je. Tapi, siket lagi nak meletop rice cooker tu. sebab loyang muat2 dengan cooker. wap takleh keluar. Korang bayangkan la sendiri..hahaha...buat keje asal boleh~~


Bila dah siap brownies ni nampak macam tak masak bahagian bawah dia, tapi rase okey je, dah masak. Mungkin sebab brownies padat nampak cam tak masak. Kebetulan kawan kitorang datang rumah haritu dan le jamu diorang dengan brownies ni. Langkah kanan.


Resepi kat luar kotak dia, rujuk sendiri okey! Sila rajin. huhu

The brownies look pretty ugly actually. But, what's the biggies. It's supposed to look ugly but 
superdelicious kan? 



Note:: Sorry tak boleh nak kasik sikit sorang sebab dah habis pon..

Minggu ni nak try buat puding buih berkuah tu plak. Resepi dah mintak dengan MIL tadi.
Harap-harap le menjadi.. feverat En Hilman tu..
Nanti nak makan dia suka letak ais.

Salam Hujung Minggu, bye!


Tuesday, April 24, 2012

Ayam dengan sayur dan sos lada hitam! Bajet western tapi nama kampung..

No comments:
Malam Isnin lepas, tak tau dah nak masak ape. So, saje nak buat eksperimen since aku tengok banyak stok sayur ngan buah dalam peti ais. 

So, saje la duk berangan western union la konon. Nak jaga badan makan la sayur yang tawar dengan chicken popcorn yang disalut mixed herb dicelup tepung. 

Yang paling best campur semua bahan yang ada dalam peti ais untuk buat sos dressing ala-ala blackpepper. Mula-mula rase x sedap, rase pelik. Bile dah tambah sos cili thai rase okey sket. Aku main campur je. Malu la nak dedahkan secret recepi aku tu kan. So, sape2 yang teringin nak buat dressing sos sila rujuk blog resepi yang bersepah-sepah dengan alam maya ni. Aku punya resepi sos terhad sket sebab ketua rumah anti susu yang jenis segar, full cream, susu cair, susu masam (yogurt) dan susu tepung. Yang boleh, susu pekat je. (Memang aku tak pernah berangan nak buat carbonara pon..huhu)

Seb baik Man approved sos hitam legam aku nih. Kalau tak merajuk sepanjang malam masak tak sedap. huhu...

Layan~~


 His plate

 Chicken popcorn dengan mixed herb


Aku punya ade yogurt!!

Suke minum dalam botol jem. Recycle jadik gelas. Bajet makan kat restoran lima binatang bintang!!

Tahun depan plak bleh masak cam gini..

da..

Jom Kungfu!!

No comments:
Meh nak share gambar masakan kuey tiaw kungfu!!


Model yang terbaik tu.. Tak nampak lagi ibu jari best dua belah tu?


How do I look? Meriah la jugak
How do I taste? Mmm..boleh la nak buat makan malam..nak ganti nasik.


Monday, April 23, 2012

Tips goreng ayam bagi yang kecewa dengan ayam reheat dari KFC macam aku

No comments:


Kalau nak jadi isteri mithali untuk husband aku senang je. 

Goreng ayam tiap-tiap hari. Makan dengan nasik gaul kicap pun kire terbaik la.

Aku dah ada satu tips yang senang nak goreng ayam. Mungkin tips ni mak-mak kite yang dah lama berumahtangga tu dah tau dah. Macam-macam dah aku try, ayam goreng kunyit, ayam goreng berempah tak berempah tapi yang best nya ayam goreng ala kepsi jugak.

Paling senang beli je tepung goreng ayam yang segera tu. Aritu dah try brand Ayamas memang sedap tapi bila pegi lagi skali kat Ayamas dah takde dah. Diorang dah stop jual. So, pi la cari kat Tesco sebelah rumah. Jumpa la yang brand Aroma yang sangat murah. Dalam RM2.50 je. Murah kan..

Tapi yang problem nya aku tak suka arahan dia yang kena celup ayam dalam air. Pastu celup dalam telur. Then celup dalam tepung ayam tu. Leceh kan? Dan kalau aku ikut arahan tu memang tak jadi. Tak melekat pun tepung tu kat ayam. Melekat dekat tangan ade la. Best je kalau goreng jari aku celup tepung. Lagi satu bila dah celup telur tu nanti goreng berbuih-buih.

So, penyelesaiannya. Masukkan ayam yang lembap tu dalam satu bekas yang ada penutup. Aku guna bekas aiskrem Wall's tu je. Then taburkan tepung atas ayam. Tebalikkan ayam. Taburkan tepung kat sebelah lagi. Tabur lebih siket. Pastu tutup bekas dan goncang-goncangkan ayam sampai rase ayam tu tak melekat dan semuanya dah tersalut. Next part, goreng dalam minyak yang cukup.

And the best part is..makan!!


Sure lagi best dari kepsi punya. Voila. Yang penting suami makin sayang... slalu duk panggil aku "ayang..sayang..ayam..ayam..ayang...." hehehe...


P/S: frust bile pegi KFC dapat ayam semalam yang dipanaskan semula. Tengok iklan kepsi Chef Wan tu bukan main lagi!! Dahle mahal!

Alhamdulillah kulit yang kusam bukan masalah aku lagi!!

1 comment:

Lepas aku keguguran aku perasan kulit muka aku agak kusam. Biasanya kering dan tak bermaya. Asal lepas semayang Zohor mesti nak kena apply bedak semula dan lipstic semula. Standard la kan. Tapi sebab aku memang malas sebenarnya. Bagi aku tu satu masalah. Pernah je aku tak paka lipstic jumpe supervisor aku pastu dia tanya "Kenapa Hidayah, tak sihat ke?". Aku memang akan nampak pucat kalau tak pakai bedak dan lipstic. Aku duk wonder la jugak macamane nak bagi naik seri muka siket. Nak pakai produk kolaen mahal-mahal yang macam Hanis Zalikha duk jual tu memang tak mampu la kan. So, pas tengok kawan aku yang makin gebu jual minyak kelapa dara (virgin coconut oil-vco) keluaran Catalyst Nutraceutical, aku teringin nak try. Bila survey-survey nampak cam okey je. Harga pon murah je. Masa aku first beli dapat le jugak diskaun member2.

Bila dah try tak sampai sebulan memang aku terkejut dan teruja sebab kulit muka dan tak kusam. Jerawat da agak kurang. FYI, aku tak ade masalah jerawat yang teruk sangat. Just manja2 je. Tapi parut-parut halus jerawat stil nampak. Petang tak re-apply bedak pon no hal. Warna kulit muka pon sekata je. Dan paling penting makin halus. Macam baby. Err...siket lagi nak macam baby. hehehe.. Sekarang asyik nak usap muka sendiri jer. Whiteheads pon dah kurang, tinggal yang manje-manje je.

"Ni gambar aku gi dating dengan Hilman weekend hari tu kat tasik UTP lepas breakfast roti canai. Muka aku tak apply ape-ape pon..bedak tak pakai, lipstik tak pakai. Ni mandi pun belum ni.. Busuk.. hahahaha"


Kulit badan pun makin halus. Suami aku duk puji je kulit makin halus. Kalah mandi lulur. Jap-jap nak usap-usap kulit badan. Err..yang belum kawin tu jangan malu-malu ye. Ni hal penting kot untuk semua wanita dan bakal wanita. Yang bakal kahwin tu bole try. Tengok la hasil nanti bile malam pertama. Lengan aku yang separuh gelap sebab selalu pakai lengan pendek tu pon dah tak gelap lagi. Dah sekata semuanya. Aku ingat immpossible nak kembalikan warna asal lengan aku, rupanya tak. Naive giler aku kan?

Dan yang penting membantu aku atasi masalah keguguran rambut yang sangat acute. Aku rasa sebelum aku apply minyak kelapa dara ni aku berjalan dalam rumah konfirm pijak rambut yang gugur kat mana-mana tempat. But to be honest, untuk penjagaan rambut aku selang seli kan letak VCO dengan minyak zaitun. Still aku takde la obsess giler dengan sesuatu produk sampaikan semua benda baik yang berlaku pada aku adalah sebab satu produk tertentu saja.

Lagi aku nak share, sebelum Mama aku gunakan VCO, Mama disahkan ade ketumbuhan dalam rahim. Actually ketumbuhan tu dah lama dibuang tapi tumbuh semula. Dan perlu dibedah dalam bulan 5 ni. Tapi ketumbuhan tu kecik je la tak sampai stage 4 yang slalu dalam drama TV tu. 2 bulan lepas aku bagi Mama aku makan VCO. Sebab Mama stop beli EPO. Makluman, Mama memang suka makan vitamin untuk kulit. Since aku tengok kulit muka Mama pon kusam dan sun-burned sebab pegi ambik dan hantar adik aku ke sekolah dengan skuter.

Nasib baik la, masa second check dekat hospital doktor cakap ketumbuhan dah tak ade. Dah kecut. So, tangguh bedah dulu. Tunggu bulan 7 ni check lagi skali. Kalau ade, kena bedah. Kalau takde, Alhamdulillah. So, aku bukan nak claim 100% VCO ni bleh cure sel cancer tapi mungkin la kan. Wallahu'alam. Sebab Mama tak amalkan ubat kanser mane-mane.. Mohon doakan yang baik-baik okey. Selain tu kulit muka Mama dah nampok kurang sun-burned. Lebih cerah. Makin muda you!!

Lagi satu aku perasan, aku lebih senang bangun pagi sekarang. Kalau dulu ade la 10 kali telefon duk berkokok pagi-pagi aku duk tekan snooze je. Kadang-kadang 7.15 pagi baru bangun. Masuk keje jam 8.00 pagi. Nasib UTP 10 min je dari rumah. Teruk tak?? Sampai aku bleh terlupa appointment dengan Dr Yus. Tak percaya baca ni!

Sekarang badan rase lebih ringan. Bangun dah awal sekarang. 6.30 pagi.. Okey la kan? Watpe nak kecoh-kecoh sangat bangun pukol 5 pagi. Bukan nak gi jual nasi lemak ke ape kan..

Tang berat badan tak sure la kurang ke tak sebab dah lame tak timbang. Huhu. Tapi selera makan macam biase je.

So, after dah makan sebulan rasai sendiri keajaibannya. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya. Sekarang aku dah sign -up untuk jadi member merangkap dealer. Harga dia murah je, RM39.90 sebotol untuk softgel atau minyak. Softgel senang untuk terus ditelan. Sekali pagi sekali malam. Tahan untuk sebulan. Yang minyak boleh apply kat rambut, atau stretchmark dan lain-lain masalah luaran. Boleh jugak apply dekat muka yang banyak jerawat untuk kesan lebih cepat. Untuk apply rambut dekat rambut yang malu-malu nak tumbuh pon ok.

"Gembira dibawah pokok. Nanti Hilman pon akan aku paksa makan jugak. hehehe"

Untuk kawasan sekitar UTP dan Seri Iskandar aku boleh hantar free aje. Kalau nak mintak poskan boleh add lagi 6 ringgit untuk tujuan pengeposan. Tapi ape yang best kalau beli dari aku sekarang? Yang bestnya adalah untuk bulan April ni aku akan bagi 10% diskaun.

Cara untuk dapat diskaun 10% ni adalah, order melalui email aku, nurhidayah_kamal@yahoo.com dan nyatakan order anda. Takde isi-isi borang bagai. Kite buat old skool je. Tempah ikut email, aku bagi diskaun, korang bayar. Aku hantar/pos. Kacang kan? Tapi kalau aku lambat eply email dalam 3 4 jam tu sabar le ye. Sape yang tak nak diskaun, bleh sms aku atau call je dekat 019-7305996. hehe..banyak duit le katekan..

Oh lupa nak share lagi satu..salah satu kenalan aku yang beli VCO ni dah boleh mengatasi masalah sembelit yang teruk dengan jayanya. Dia baru makan 3 hari. Sebelum tu lama tak membuang. Kirenya ada fungsi macam minyak selusuh la jugak - bukan minyak pengasih ye. Terutama untuk wanita mengandung yang dekat nak melahirkan. InsyaAllah dipermudahkan urusan meneran bayi comel anda. Kulit anak pun akan lebih putih dan cantik.

Adik-beradik aku yang ladies-ladies pon dah start pakai. Akak aku masukkan minyak VCO ni dalam susu anak sedara aku yang alami asma dan ekzema yang serius. Result dia tak tau lagi sebab baru je pakai. Nanti-nantilah aku update ye!!

So, ape tunggu lagi?? Email aku sekarang. Promise, I won't bite!!

Tagline aku "It's time to admire your own skin instead of others".

"Ni lepas dah pakai bedak compact dengan lipstik. Senonoh la siket nampaknya kan?"

Bye, kawan-kawan!!

Friday, April 13, 2012

Ikan besaqq

No comments:

Semalam dapat ikan yang sangat besar dari jiran yang baik hati.
Jiran aku tu dia suka memancing dengan suami dia. Patut la kome suke memancing, habuan dia masyuk!!

Ikan ni katenya dipanggil ikan ara-ara. Nak siang sisik dia punyala payah. Tebal kott...

Tapi takpe weekend ni akan aku gulai ikan ni dengan selamatnya. Ingat nak masak tempoyak tapi kat tesco ade jual tempoyak tak??



Tengok..same besar dengan pisau aku.
Sisik dengan mata dia cantik.


**tak sure nape gambar tegak..padahal amik melintang..

Friday, April 6, 2012

For Little Deeja

No comments:

I got this for Khadeeja (Deeja) masa jalan-jalan beli bantal dengan Dhati dekat jualan gudang di Firha Food Court. Mesti pelik nape ade jualan gudang dekat food court. Actually tempat tu macam abandon food court.

So, I got this green-ish flower-ish dress untuk budak nomok si icip-icip!! Dah pos tadi ke Semenyih..

Anak-anak yang lain jangan jeles, okeyh!!


Gambar tak clear- guna henpon je. Bateri camera kong!

:: Tunggu weeend nak karang entry ::

No comments:
Sekarang masih malas nak update blog sebab tak de mood.

Hanya habiskan masa blog hopping sahaja. Baca blog orang.

Bajet fokus buat keje minggu ni. walaupun tengah layan puss in boots kat opis. Gua minimize skreen bagi kecik kat bawah tu. ade la 2x3 inci.hahaha... nasib gambar lawa.. sambil2 baca journal.
Kena tengok kecik je sbb kalo orang lain datang tak gabra sangat.

Weekend ni nak gi promote VCO dekat dalam kampus dengan nak gunting kain buat baju kurung.

Wish me determination!