Wednesday, February 22, 2012

Ape kena dengan aku hari ni?

Hari ni aku bangun lambat. 8.30. Gile hape weih......

Sepatutnya pagi ni aku ada appointment dengan SV aku. Aku dah janji nak jumpa dia pagi ni pukul 8 pagi. Dia suruh aku datang sharp at 8 sebab dia meeting 8.30 pagi. Ni pasal paper yang aku nak hantar kat ESTCON minggu depan. Aku dah try buat simulation aku dari 3 minggu lepas. Simulation dah jalan tapi ade masalah siket. Bukan siket la. MAJOR la jugak.

Semalam aku dah prepare apa aku nak tunjuk kat dia. Dengan coding la model la bagai. Aku try coding lagi skali pastu dalam pukul 1 pagi jugak ah aku tido. Aku dah time jam 6.30 pagi. Nak bangun awal siket. Konon nak tercongok depan bilik dia. Hape, pagi ni dia aku sedar-sedar dia yang miss call aku pukul 830. Mesti dia duk tunggu aku kan..Punya la gelabah. Tu la sedap sangat tido. Dah la uzur. Terlajak.

Dan-dan tu jugak aku text dia bagitau kete pancit. Kalau call kang sah-sah dia tau aku baru bangun tido. Nasib gak kredit call aku dah habis.

Aku rase nak baling tepon aku sebab tak bunyi. Tak bunyi ke aku tak dengar? Ntah la.

Nasib la dia reply "Sorry to hear that. Meet me at 230." Fuhh!!

Akibatnye lame jugak la aku termenung dalam bilik air mengenangkan nasib malang ni. Padahal selama ni aku bangun awal je. Selalunya pukol 3 pagi aku jaga, pukol 530 aku jaga..sebab nyamuk la, bunyi hujan la, tv tak tutup la, teringat kat Man la... tup-tup hari yang penting ni lena je aku tido.

Aku rase- aku rase la-sebab char kuey tiaw yang aku makan semalam lepas habis kelas tuisyen. Udang dia besar dan dalam tu dia letak ubat tido!! Patut la sedap!!


No comments:

Post a Comment